Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Bawang Assan

12 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 11 July 2025, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Kempen Internet Selamat di SK Bawang Assan. Program ini adalah Anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sibu Division, Jabatan Penerangan Sibu, Komuniti Madani Sg Melangan Bawang Assan dan NADI Seduan PPR Rantau Panjang, NADI Bawang Assan dan NADI Rantau Panjang . Program ini dijalankan pada pukul 7.30am – 11am.

Tujuan webinar ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah rendah tentang risiko internet dan menerangkan had umur menggunakan media sosial. Modul ini lebih kepada pelajar berumur 10 sehingga 12 tahun. Penganjur juga telah menjalankan aktiviti bersama pelajar berkaitan Keselamatan Internet.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Diharapkan dengan adanya program ini, ia dapat membantu dalam pelajar bawah umur mengelak dari terdedah dengan risiko risiko di dalam internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali